Apakah jenis darah
anda? A? B? AB? O?
Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada
rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan
sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang
terselindung disebalik jenis-jenis darah.
JENIS
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat
ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya
yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk
mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak
kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan
sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi
diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
JENIS
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup
anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan
ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam
diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil
dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang
terabai.
JENIS
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda
lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur
dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara
anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi
diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya
sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita
boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
JENIS
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang
jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan
individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan
anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan
sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri
anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
No comments:
Post a Comment