Saturday, December 31, 2011

~ azam tahun baru ~

azam tahun baru untuk tahun 2012...heehe...aku dah lama fikir benda ni... lepas ni aku da nekad dah... untuk blog aku, lepas ni aku dah xakan ceritakan perihal aku lagi..aku nak guna blog ni tuk menyebarkan maklumat yang berguna untuk orang ramai. sesetengah orang termasuk aku selalu guna blog nie untuk mengaibkan orang, melepaskan amarah, menghina orang lain, mengutuk, mengata, dan sebagainya.. tu lumrah la kan..nak buat macam mana. so, tahun depan aku da decide xnak da citer2 sal khidupan aku lagi...hehe..sory la tuk pembaca blog aku k..aku akan update entri aku dengan maklumat2 yang berguna nanti untuk dikongsi bersama..

p/s: terima kasih kepada yang sudi singgah di blog nie,..

Friday, December 23, 2011

~ kau ilhamku ~

tiba-tiba pula rasa 'feeling' bila dengar 'seseorang' nyanyi lagu ni..bagi aku lagu ini sangat simple tapi sangat2 best...tapi 'seseorang' tu nyanyi lagu ni ikut sedap lirik dia je...haa, ni lirik yg betol ak search kat internet...jom kita nyanyi sama2 n mana taw kot2 blh msuk pertandingan "jangan lupa lirik"...haha...

Artis: Manbai / Mambai

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Trima kasih ku ucapkan
Izinkanku mencuri bayangan wajahmu
Izinkanku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh…
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh…
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilhamku..
Kau ilhamku…
Izinkanku mencuri bayangan wajahmu
Izinkanku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh…
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh…
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilhamku.. (Izinkanku mencuri bayangan wajahmu)
Kau ilhamku…
Kau ilhamku.. (Izinkanku mencuri bayangan wajahmu)
Kau ilhamku…
Kau ilhamku.. (Izinkanku mencuri bayangan wajahmu)
Kau ilhamku…
Kau ilhamku.. (Izinkanku mencuri bayangan wajahmu)
Kau ilhamku…

Wednesday, December 21, 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
                                                                                   
Keluhan remaja perempuan A:
Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri B:
Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan C:
Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri D:
Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri E:
Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri F:
Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan G:
Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri B:
Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan C:
Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri E:
Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan F:
Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri G:
Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

p/s: sumber lupe amik katmne..tp da mtk izin tuannya..harap empunya entri ini xsaman sy coz niat sy nk sebarkan bnda yg baik je..bkn nk ciplak idea saper2..untuk renungan bersama...

Tuesday, November 22, 2011

~ 10 AMALAN YANG TERBALIK ~

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.



8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

 Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2.  Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.  Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??..... 

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)



Thursday, October 27, 2011

~ misteri nusantara episode 1 ~

              wahhh terkejut besar aku bila tgk balik gmbar yg aku ambil mse aku pergi program anak angkat di Taiping. ermm xsangka wajah aku macam tu sekali....kalau anda pernah baca post aku yang sebelum ni, tentang aku ada masalah..haa, ni kesinambungan daripada citer tu kot..hihihi... nak dijadikan cerita, aku pergi la satu program ni, anjuran kursus minor aku di Taiping..memang la sebelum tu badan aku dah xberapa okey..ermm macam mana aku nk citer yer coz aku takut gak korang xpercaya and mungkin akan fikir aku ni suka percaya bnda2 tahyul dan khurafat nie... 

          mungkin la korang akan pikir camtu,coz xkena dekat korang dan korang xmerasai nya sendiri..aku pon bkn jnis percaya sgt bnda2 mcm ni tapi dah kena batang hidung sendiri baru taw...huhu... kisahnya bermula masa cuti sem lepas iatu pada bulan julai lau xsilap...yela duk umah boring-boring cuti 4 bulan, aku ni pon cai la keje part time..aku menyewa coz rumah aku jauh nk ulang alik kat tmpat keje... mggu first masuk tu aku ok jew, lupe nk cakap, ak jd cashier kat 1 pasaraya ni..(xletak nma xnk mengaibkan mane2 p.raya)...emm msuk minggu ke-2, aku mula rse xsdp bdn..

          bermula di rumah sewa yg menyeramkan..ade akak sma keje nga aku bgtau, umh sewa aku tu pernah ad orang bunuh diri terjun bgunan, n mayat dia tersangkut kat pokok macang tepi umah sewa aku..pastu aku xcaya n cube confem kan nga bdak2 yg da lama sewa lam umh tu,..korang tau ape diaorg bgtau..ermm bkn stakat tu, tapi rumah yg kami sewa tu gak ad "saka"...yg time2 tertentu akan bt onar... 

          aku terasa gk seram sjuk, tp nk bt cmner, dah alang-alang byar sewa mahal, dduk jela..lgpn, aku mls nk pk2 bnda mcm ni, bkn nmpk pon..lantak la dia nk dduk umh ni pown..(chewah berlagak tp lam ati je)..mulut kne jge, jgn leser....pastu, aku n bdk2 rumah tu ad la borak2 n citer sal pglaman diorang yg pernah "kena" mase duk umah tu..tp yg aku heran, nape xpindah je rumah dr asik lam ktakutan je..tp pk 2x, yela mgkin tpkse kan, coz tu je umh sewa yg terdekat tmpat diorg belajar..

          umah yg aku sewa tu pnuh nga bdk2 PTPL, n 1bilik 6 orang..ad 6 bilik..bygkn luas nye rumah tu..rumah tu besar tp rumah pattern dulu2..rumah papan je..tp rumah besar n ramai org camtu pon, tetap rse sunyi yg pelik..sabo jela....pas puas borak2, masing2 tidow.. 3 biji katil dirapatkan, n katil aku kat tengah..aku pon tdur la ngan nyenyak nya..

           dalam kul 4 lau xsilap aku, tiba-tiba aku terasa ad tgn yang sentuh muka aku..dengan pantas ak pon tersedar, dan aku tgk kiri kanan..sblah kiri aku tdor tgn lam slimut, yg sebelah kanan aku lak tdur mengiring membelakangi aku smbil pluk bear dia..aku confius kejap, tp aku xamik port la coz ngantuk, esk nk keje plak kan..tdow jela... 

             keesokkan pagi nya, adik yg tdow sblh kiri aku 2 pon tya soalan plik kat aku..."kak malam tadi akak ade dgr orang jalan2 x?..kuat plak tu bunyi tapak kaki???"..ermm aku cakp la.. xde plak, tp aku ngan selamba ckp la nga adik tu, la adik dgr jer, tapi nga akak ni ciap sentuh2 lagi..aper kes?????...adik tu dah mula nk nangis da aku tgk..rupenya dia pon orang baru lam umah tu..awal seminggu je dari aku..

p/s:    to be continue............

Monday, October 24, 2011

~ trauma ~

hishhhhhhhhhhhhhl....................
truma gler hari nie bli makanan.... punye la semangat aku bli mknan hari ni, kul 10 pagi da bli mknan tuk makan tghari...hihi.... ak bli dekat cafe jew..malas nk p jauh2.... tapi buat aku bengang jew... aku bli tuk 2x makan (jimat la katakan).. aku bli nasi putih + ayam masak lemak cili api (2ketul tp kecik2 jew) + sayur ape tah (adik beradik kgkung kot tp bkn kngkung)...aku semua sayur aku bedal....(hantu sayur)....hihihi... harga pn blh tahan la (tapi aku rase agak mahal coz ayam dia kecik2 sgt)... aku pon blik umah n makan la..tp ak xtau la nape selera aku mcm da lose ckit mse mkn, tp mse bli tu excited sgt nk makn, nk kata lauk ni xsdp, bg aku ok je...memang nk dijadikan citer kot..tgh aku makan tu, dekat separuh gak r nasi da aku mkn, tetibe je aku ternampak "ULAT"  kat dlm nasi aku..wah nk menjerit aku rase, tp cover line ag, coz roomate aku ngah tidow..ak nga spontan ttup ulat tu ngan nasi...pastu trus cai plastik buang terus...smua syur tu aku buang.. Ya Allah, geli, loya mcm2 jgn cakap la..memang termuntah aku.. dah la bsr gak ulat tu...uweekkkkkkkkk.....eiiiiii.....aku bukan pe, sensitif sgt ngan bnda2 camni....saper2 yg mengenali aku memang tau la kelemahan aku yang nie...rse nk nangis jew..apalah punye malang nasib aku..da la sblom ni appetite aku kureng da, bru rse selera da ok ckit, bnda ni plak jdi..haishhh..macam2...

p/s: sory aku xsempat amik gmbar tuk dijadikan bukti tuk korang coz memang aku xtahan sgt, trus jew buang  menda alah tu..huhu...trauma tol..takut da nk bli sayur ag pasni.....

Saturday, October 22, 2011

~ Azab Bagi Wanita ~



Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. Jawab Rasulullah, "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, dibawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?


* Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


* Perempuan yang digantung payudaranya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.


* Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.


* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dengan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.



* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta



~ Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.



p/s: sumber fb untuk renungan bersama....marilah kaum wanita, kite sama2 muhasabah diri..amin...

Friday, October 21, 2011

~ cooObAaaaaNnnnn ~

hidup sekarang xseperti kebiasaannya..mampukah aku mengharungi segala cubaan, dugaan dan ujian Nya terhadapku ???????????.. ya Allah, tabahkan lah hatiku untuk meneruskan kehidupanku seperti biasa..ringankan segala beban di hatiku.. aku terasa amat berat ujianMu kali ini untukku, namun aku tau Engkau tidak akan sekali2 memberikan ujian kepada hambamu jika dia tidak mampu... aku redha dengan segala yang berlaku..semoga semua yang berlaku keatas ku semenjak 2 menjak ni akan ade hikmah di sebaliknya.. terima kasih kepada mereka yang membantu aku mengharungi segala ujian yang kuterima ini.... walaupun hanya memimjamkan telinga untuk mendengar, tetapi ssguhnya amat membantu aku mententeramkan jiwa, perasaan, fikiran yang sangat berserabut... kepada kedua ibu bapaku, maaf kan anakmu kerana membuat kalian risau akan keadaan yang menimpa ke atas diri anakmu ini.. tapi mengertilah wahai ibu dan ayahku, anakmu tiada tempat lagi untuk mengadu selain ibu dan ayah..kepada kalianlah anakmu ini berkongsi suka dan duka... mak, maafkan anakmu ini kerana telah membuat engkau menitis air matamu kerana risaukan anakmu ini, tidak pernah terlintas untuk membuat mak bersedih risaukan saya sampai begitu sekali....saya sayang sangat dengan mak, ayah dan famili saya...

p/s: terima kasih yg tidak terhingga kepada mereka yang telah banyak membantu aku mengharungi dugaan sepanjang tempoh ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung..tq so much...

Tuesday, October 18, 2011

~ BeRuntUngNya kaMu wAnitA ~


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.


4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …


5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.


7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.


p/s: renung-renungkan....

Thursday, September 29, 2011

~ j0m Baca ~



Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu 




kenapa?


Sebabnya :




Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!




Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!




✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!




✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!




✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!



SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....




(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ÚªÛ’





hidup lebih sihat tanpa merokok...



Alhamdulillah..









p/s: NI AKU AMIK DR FB..BKN AK REKA SENDIRI..TP AK AMBIL UNTUK RENUNGAN BERSAMA DAN BERKONGSI INFO UNTUK SEMUA..MANE TAU LEPAS TERBACA NI, MANE2 YG HISAP ROKOK TU DAPAT HIDAYAH N AKAN BERUBAH..UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.. RENUNG-RENUNGKAN...HIHI..

Friday, April 22, 2011

~ my 22 ~

sbnarnyer aku hepi sgt2 smpena 21 april ni...hihi...kalau korang nk tau sbnrnyer ni birthday ak..hehe...ak xsangka diam xdiam umur ak da cecah 22 tahun dah pown..begitu pantas mse berlalu..tp aku ase ak ni mcm bdk2 lagi...hihi..actually in my life ak xpnah dpt ucapan besday yg sbyk ini...yang wish kat aku pon hnya teman2 yg rapat jela..yela xkan ak nk heboh kat satu dunia yg "hari ni besday aku kan?????"....tp facebook yg myebabkan besday ak terheboh kat 1 dunia maybe..hihi...ak dapat ucapan dari rmai kwn2 lam facebook..hepi gak nga ucapan diorg yg mcm2  n klakar tu..rmai yg mendoakan smoga ak panjang umur n murah rzeki..(ayat biase utk ucpan besday)...ade jgk kat yg wish aku cpat kwin..hihi...tp pape pon ak sgt menghargainye..ada mereka yg xknal pon ak tp jd frens kat FB je turut wish kat ak..cumil btol..terharu pon de...ni antara ucapan yg mnarik ak trime..hihi..(ak copy paste k...)



selamat menyambut ulang tahun KELAHIRAN...:)
MOga dimurahkan rezeki & dipjgkan umur hendakNya..amin..


selamat menyambut ulang tahun kelahiran..semoga kehidupan mendatang akan lebih diberkati dan diredhai oleh Allah...


selamat hari lahir........smg peningkatan umur semakin meningkatlah iman jua


HepI bZday!!! MogA cErIa N hEpI soKmo!! ^__^


selamat m'ymbut ari tua anda..hahahhaha


♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪...HappyBirthday To You!♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪..may GOD bless u~


otanjoubi omedetou cik rukia batrisya...moga pjg umo, dmurahkan rezeki n hepi selalu...jgn sedih2 deh...=)\


selamat ulang tahun...
brtmbh satu number lg..
semoga berjaya dlm khdupan..

----<@


ni wish dr kwn2 satu skolah ngokngek ak..but luv them a lot,,,,,


selamat oldday rukia batrisyia aka che nor fatihah che harun...wakakkak name baru beb.....semuga panjag umo.....pajg jodoh dengan Shaharuddin Shuhaimi . kalu yo kenak mu oyak ko aku...aku g sekeh yo....aku tahu mu xwani sbb........
ak xsey oyak...pahtu mu bowok2 banyak bersobar la yang deh...pesen dyo la duk jauh dari kuarga pah jupo o...



hye my friend..selamat hari lahir yg ke-22..semoga berbahagia selalu disamping orang sekeliling..lalui hidup dengan happy sokmo..moga panjang umur dan dimurahkan rezeki n happy always..cyg kamo..selamat pulang ke kg, semoga selamat dlm perjalanan...muuaahh..


cmat ari lahir syg.. smoga sntiasa hapy, ceria, bahagia n berjaya =)




p/s: ak sgt berterima kasih kat korg sumer yg wish kat aku sama ada yg knal ak @ yg knl lam FB je..thanks a lot..i appreciate ur wish...n thanks gak yg sggup berjaga tggu kul 12 malam semata2 nk wish kat aku..(my dear)..hihi..thanks jgk yg wish melalu fon mesej or chatroom..kurang2 nyer korg xkdekut tenaga menaip ucpan besday kat ak...



ni kek idaman aku lau saper2 nk sponser..ak fanatik sgt nga kek coklat..emm..yummyy...









Saturday, April 02, 2011

~ my first time ~

buat pertama kalinya dalam hidup aku kne menyanyi depan orang ramai...arrrrghhhhhhhh....malunye..tapi aku terpaksa jugak buat coz ni adalah salah satu asaimen aku n markah group..kitaorang buat persembahan kat "RUMAH PENE" dekat DBP di KL...ni adalah untuk subjek minor aku "PUISI MELAYU"...emm class ni jgn ckap ler memg tiap kkali cls dia ade je aktiviti menyanyi, bersajak n macam2 lah..tp kitorg enjoy la..wlpun suara masing2 menyumbangkan suara yg sememangnye sumbang tu, kitorg xde pun kne kritik teruk2...asalkan bt dengan serius n ikut je apa dia nak...lectrer ni org negori..dia ske sgt puisi2 lama n ingin menyerapkan puisi2 melayu lam generasi mse kini supaya bangkit kembali apa yg kita ada n hargai keunikan khazanah nenek moyang kita tinggalkan..


kami satu clas lam 40 orang pegi satu bas bertolak kul 5.30 ptg..tp persembahan start kul 8.30mlm...sampai je kitorg dihidangkan dengan makanan yg telah disediakan..ak yg memang xmakn per dari pagi td..memang lapar giler la..tp waktu magrib dah sampai..so, ak bt kptusan solat lu...selesai je makan n solat, masa byak lagi..ape lagi menyempat la kitorg posing2 ambik gambar dlu..hehehe..


p/s: nt ak upload gmbar len kx..nk amik kat kwn lu gmbar tu...hihi..sory..rajin2 la bka blog ak ek lagi...


mase yang ditunggu hampir tiba .debaran semakin terasa...wah takutnye...ak adalh group ke 7 yg akan buat persembahan..takut gler..seram sejuk..xpenah ak menyanyi depan orang ramai ni..memang ak xsenang duduk la...tp kwan2 ak support ak..thanks to my frens coz always be my side... dia org suruh je ak bt ape yg terbaik, janji serius..sdp xsedap blkag kira, janji bt yg terbaik...


nak djadikan cerita, waktu yg ditunggu2 telah tiba..sekarang giliran group ak bt persembahan... group ak seramai 5 orang...sajak kitorg bt ni tentang KISAH BUMI....kwn ak yg ptama Lin, bersajak secara umum tentang bumi ..yg kdua Ida, bace sajak tp versi pantun  yg sebagai BUMI yang merintih tentang dirinya sekarang tercemar...yang ketiga n keempat adalah NAB n EPI berdialog dalam loghat negeri perak n kelantan..mereka berperanan sebagai sampah n api yg sling menyalah satu dengan yg lain..dan last sekali ak..yg  sebagai manusia yg mengaku bersalah dan menyesali perbuatan aku ni..ak menyanyikan sajak penyesalan tu versi lagu "tuai padi antara masak"...huhuhu...sajak tu adalah kitorg reka sendiri..dan diolah mengikut variasi penyampaian yang unik..hihi..


tapi, yg kelakar n memalukan bg diri aku adlah mase perkataan last mse ak nyanyi tu blh plak tersedak air liur..memang merosakkan btol la..ak memeng xtahan la, gelak..org len pon sma turut gelak..eiiii malu gler tau x..first tu punye la ok dah..tp last2 piching lari..aaaaa  malu gler rse time tu..tp sume org ckp ok..tp klakar jela bunyi mse last tu..hahah..lau korang ad kat stu..confem terguling dengar..ape2 hal pon sume org enjoy..


p/s: rumah pena tu dihadiri oleh sastrwan n pyair terkenal..diorg faham kitorg sume adlh f.time bt bnda alah ni..diorg sgt sporting, n bangga dah tu kitorg dapat persembahan yg menarik wlpn agk kucar kacir..hihi..



Monday, March 14, 2011

~ seperti langit ~

di mana awak berada
sy berada di situ
disisi dan bersama awak selalu di setiap tempat
dalam matahari musim panas
saya akan beri awak tempat berteduh
dalam kesepian musim luruh
sayalah bayangan awak
bila ragu panggilah saya
akhirnya saya sudah temui kehidupan bersama awak
dalam sarang kebahagiaan yang awak buat
adakah saya sudah mencari segala yang saya idamkan
atau saya kehilangan
saya akan selalu bersama awak... sayang...
berjalan bersama awak
seperti langit di atas
biarkan awan penuh kesedihan menghujani saya
bila sedih datanglah kepada saya
berikan saya segala kesakitan awak
carilah seseorang untuk bercinta
kata hati saya
di mana rahsia tidak disimpan
segalanya diluahkan
tapi bila saya buka mata
mimpi saya akan lenyap atau tidak?
saya akan selalu bersama awak...sayang..
berjalan bersama awak
seperti langit di atas.....


p/s: translate lagu daripada cerita hindustan "salam namaste'..sy suke sgt lagu ni..best..tapi cdih la ckit..hope u guys enjoy..tgk la video lagu ni kat bawah ek...







Monday, February 28, 2011

~ DIKAU YANG SATU ~



Ingin suatu hari...
ketika bangun daripada tidurku...
ku lihat mu di sampingku
membuatkan hatiku tersenyum gembira
ku anggap dunia ini aku yang punya
ku harap setiap hari adalah hari bersama mu
Ku mimpi hidup bersama mu
Ku harap mimpi ini bukan mainan tidur
Kerana itulah impian ku pada suatu masa nanti..
kedengaran....
udara nyaman di sekeliling ku
kehijauan alam jelas di ruang mata
menenangkan  hati dan jiwa ku
setiap masa dan detik
hatiku hanyalah engkau yang satu
Roda impian...
Seakan-akan roda itu kisahku
Ingin ku kongsi bersamu
bersama kita mencipta memori yang abadi
antara diriku dan juga dirimu.



p/s: made by syakir fahmi@shah n editor by me@rukia.....

Thursday, February 24, 2011

....~ KISAH SEBUAH KEHIDUPAN ~......

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I  = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
 I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti