Saturday, February 12, 2011

KHAS BUATMU " S " .......

cinta..
adakah engkau telah singgah dalam hidupku???
menyintaimu membuat aku terasa bukan seperti diriku..
daripada seorang yang tidak kisah, mula sensitif walaupun untuk perkara remeh
selalu inginkan perhatianmu
selalu ingin dekat denganmu
selalu ingin mendengar suaramu
selalu ingin bercakap denganmu
dan,
kadang-kadang suka bergaduh denganmu walaupun benda kecil
walaupun sering bertengkar atau salah faham
namun, aku gembira di sebalik semua ini...
aku semakin kenal dirimu,
kesukaanmu, dan kebencianmu,
saat aku terasa aku akan kehilanganmu,
air jernih yang selama ini sangat mahal untuk ditumpahkan
akhirnya dengan begitu senang tumpah keranamu..
kehadiranmu hanya seketika, 
namun hatiku sudah tidak keruan
perasaan yang tak pernah kurasakan selama ini
ku rasa ketika mengenalimu
aku tidak pernah menyerahkan hatiku kepada sesiapa melebihi diriku sendiri
aku tekal, kuat, egois, sebelum ini..
namun, ku serahkan hatiku jua untuk mu .
hatiku mudah terusik keranamu
setiap tuturmu memberi kesan terhadap hatiku
terima kasih kerana hadir dalam hidupku
dan memberi aku peluang merasai erti cinta
menyintai dan dicintai......


khas buatmu " S " .....

1 comment: